Posted on

Boleh Ke Zumba Bantu Saya Turun Berat?

Kali ni saya nak cerita pasal senaman zumba dulu sebab zumba ni boleh dikatakan favorite class kebanyakkan orang yang datang ke Lily Fitness Studio.

Mostly yang datang ke kelas zumba ni of course ada tujuan masing-masing. Ada yang nak release tension lepas penat dah seharian buat tugas masing-masing, ada yang saja je nak jumpa dan lepak dengan kawan-kawan yang awesome dan paling ramai mestilah sebab nak jadi lebih sihat dan kuruskan berat badan mereka.

Tapi zumba ni boleh ke bantu nak kuruskan berat badan?

Bagaimana Zumba Bermula

Pada pertengahun tahun  1990-an macam tu, masa tu senaman aerobik memang tengah trend. Ramai la yang suka join senaman aerobik waktu tu untuk  buat mereka berpeluh dan rasa best.

Ada seorang fitness instructor ni bernama Alberto “Beto” Perez yang kena buat satu kelas aerobik di Cali, Colombia.

Macam mana entah, sebab kelam-kabut nak cepat ke, beliau terlupa pulak nak bawak CD lagu-lagu untuk buat aerobik tu ke kelas beliau.

Sekarang ni semua pon pakai handphone je bawak lagu, maybe ada yang tak tau CD tu macam mana, CD tu yang benda bulat leper bersinar-sinar tu ye.

Ok sambung balik cerita, bila beliau dah menggelabah sebab tertinggal CD lagu aerobik tu, beliau pon fikir macam mana cara nak buat kelas haritu. Yela, nak patah balik takut tak sempat, peserta-peserta pon dah tunggu, tiba-tiba beliau perasan beliau ada 1 CD album lagu-lagu irama latin.

Masa tu dah tak fikir panjang dah, bedal je la kan apa yang ada, so beliau pon gunakan CD tu untuk conduct kelas beliau hari tu. Beliau terpaksa la tukar instead of gunakan gerakan senaman aerobik tradisional, masa hari tu, Beto Perez ni buat gerakan macam beliau menari dekat tempat lain.

Suprisingly, ramai pulak yang suka dan enjoy sangat kelas tu sampai mereka asyik minta dia buat lagi kelas macam tu.

Sejak hari tu sampai la sekarang ni, Zumba dah berkembang lebih di 186 buah negara dengan dianggarkan lebih 15 juta orang ikut kelas zumba di 200,000 tempat setiap minggu.

Bayangkan 15 juta orang setiap minggu berzumba untuk amalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Basically zumba ni sama je macam senaman dalam kumpulan yang lain-lain, di mana ada seorang instructor di depan yang akan buat koreografi dan peserta-peserta yang lain akan ikut pergerakkan instructor.

Tapi ada beberapa perbezaan sikit berbanding kelas aerobik atau kelas senaman lain :

Cara Instructor Mengajar 

Kelas Aerobik – Instructor biasanya banyak bagi arahan secara lisan untuk bagitahu peserta apa yang nak kena buat seterusnya. Biasanya mereka akan kira steps macam “1, 2, 3, 4, dan 5, 6, 7, 8 lagi”.

Kelas Zumba – Instructor Zumba yang kita panggil ZIN ni, mereka tak bagi instruction secara lisan, tapi guna gerak isyarat dan pergerakkan badan untuk tunjukkan step apa yang nak kena buat seterusnya.

Pilihan Lagu

Kelas Aerobik – musik yang digunakan biasanya berdasarkan musik kiraan-32 dan beat dia pon konsisten ( biasanya dalam 120 BPM – beats per minute ). So  kalau kita nak gunakan lagu-lagu hit yang ramai orang suka, biasanya kena remix sikit lagu tu.

Kelas Zumba – Musik Latin merangkumi 70% setiap kelas zumba. Kelas zumba yang bagus biasanya ada 4 irama asas ni, merengue, salsa, cumbia, raggaeton. Lagi 30% biasanya instructor akan gunakan lagu-lagu hit yang kita biasa dengar di radio.

Koreografi

Kelas aerobik – kita akan bermula dengan  diajar 1 koreografi dengan kiraan 4 atau 8 dan perlu diulang beberapa kali. Lepas tu akan diajar koreografi lain pula dengan kiraan yang sama. Then langkah-langkah tu akan digabungkan dan diulang. Gerakan aerobik juga lebih kepada gerakan fitness dan sedikit tarian.

Kelas zumba – satu sesi kelas zumba biasanya akan gunakan 15-18 lagu jadi ada 15-18 jenis koreo yang anda akan lakukan. Tiada berlatih-latih atau tunjuk ajar dari ZIN, terus je mula dan betul-betul menari ikut ZIN. Sebab banyak variasi dan pergerakan bertukar dengan cepat, so anda susah nak rasa bosan dalam kelas zumba.

Kesan Sampingan Sertai Kelas Zumba

Seorang profesor sains sukan dari University Of Wisconsin,  La Crosse,  John Porcari, ada buat kajian terhadap satu kumpulan wanita yang konsisten melakukan senaman zumba, mereka mendapati yang satu kelas zumba selama 40 minit secara puratanya membakar kira-kira 370 kcal. Jumlah yang sama kalau anda jogging atau naik basikal selama 40 minit.

Tapi part yang paling impressive untuk kelas zumba ni ialah daya penarik untuk mereka yang tak suka bersenam.

Satu kajian dalam American Journal of Health Behaviour, apabila sekumpulan wanita obes dengan diabetes tahap 2 melakukan aktiviti zumba 3 kali seminggu selama 16 minggu, average turun sebanyak 2.5kg dan lemak turun 1%.

Yang lagi penting, mereka sangat enjoy dengan kelas zumba sampai ianya jadi habit baru mereka. Kebanyakan mereka betul-betul have fun, jumpa kawan baru dan tidak melihat zumba sebagai sesuatu yang mebebankan.

Walaupon dah habis program kajian, mereka tetap teruskan mengikuti kelas zumba.

Memang kelas zumba ni banyak sangat manfaat dari untuk kesihatan fizikal dan mental. Satu lagi kajian tunjukkan yang kelas zumba tingkatkan kekuatan teras dan bagi keseimbangan badan yang lebih baik untuk wanita yang lebih berusia.

Lepas 8 minggu join kelas zumba, skor kualiti hidup wanita tersebut melonjak 9% dan keyakinan diri melonjak 16%. Menari dalam kumpulan pon boleh buatkan tahap konfiden kita lebih tinggi.

Satu kajian berkaitan psikologi tunjukkan mereka yang sertai kelas zumba rasa lebih independent dan kehidupan mereka lebih bermakna. Ini kerana sewaktu kelas zumba, memang semua peserta digalakkan untuk lepaskan semua perasaan dan betul-betul ekspressikan diri.

Haaa banyak rupanya kelebihan zumba ni kan.

Tapi apa pon yang paling penting kena ingat falsafah 80% pemakanan 20% senaman. Aktiviti senaman macam zumba ni bantu 20% je untuk kuruskan badan, yang lagi penting pemakanan.

Kalau lepas kelas zumba, pergi melantak bakso keju memang susah la nak turun berat kan.

Dari segi pembakaran kalori dan pembinaan otot, memang Zumba tak boleh la nak lawan senaman macam Crossfit atau HIIT (high-intensity interval training), tapi zumba boleh buatkan kita konsisten untuk sentiasa amalkan gaya hidup lebih sihat, buat kita berpeluh dan terbukti boleh bantu turunkan berat dengan syarat kena jaga pemakanan dan diet sekali.

Ada ke yang berjaya turunkan berat badan dengan berzumba? atau ubah kehidupan anda melalui aktiviti zumba ni?

Cuba kongsi sikit di bahagian komen 🙂

Comments

comments