Posted on

Nak Makan Nasi Ke Mee?

Nasi dengan mee ni boleh kata makanan asasi kita lah kan, dua-dua pon sedap makan. Terutama sekali nasi ni, memang dari kecil sampai besar, kita dah dididik sampai kalau tak makan nasi tu, rasa kenyang dia tu macam tu cukup je. Selagi tak dapat benda yang namanya nasi, makanlah macam mana pon, kepuasan dan nikmat kekenyangan tu tak sama.

Masa saya kecil dulu, saya ada seorang kawan dekat sekolah di mana beliau ni memang tak boleh makan nasi. Masa tu saya rasa macam terkejut dan pelik sangat.

Dalam hati saya waktu tu, Ishhh, tak makan nasi?? Macam mana la dia hidup kan…

Saya pon tanya la dekat dia, apa yang dia makan? Dia cakap biasanya dia makan roti atau pizza je.

Datang dari keluarga yang ala-ala kampung sikit macam saya ni, memang terlalu jarang sangat makan pizza, saya macam tak boleh nak terima life dia yang tak makan nasi tu.

Bila saya dah besar sikit, dapat peluang belajar di eropah, baru la tau yang dekat sana, nasi tu memang makanan yang sangat rare bagi mereka. Bukan tak makan, cuma jarang sangat, mereka lebih prefer makan benda lain macam pasta, spagetthi atau pon kentang.

Kalau cerita pasal mee pula, kalau saya la, bila dah setiap hari makan nasi mesti bosan juga kan. Kadang-kadang cubalah mee untuk tukar selera sikit.

Tapi kalau mee rebus haji wahid dengan Johor Bahru tu, memang feveret sangat. Setiap kali balik Johor Bahru, memang wajib singgat sana.

So kita kembali kepada persoalan utama kita.

Ramai yang kadang-kadang macam confuse kan, yang mana lagi elok untuk dimakan especially kalau yang tengah dalam program nak turun berat ni.

Setakat ni saya perasan ramai yang ada mindset mee ni macam lagi “ringan” sikit daripada nasi.ย 

Agaknya sebab culture kita di mana kalau nasi tu, sesuatu yang dimakan untuk bagi betul-betul kenyang terutama masa hidangan tengah hari dan makan malam.

Tapi mee pulak macam makanan yang kita makan pada waktu santai-santai macam minum petang atau snek pagi. Rasanyalah kan.

Jadi mereka rasa, ok kalau makan mee ni lagi senang la kot nak turun berat sebab nasi tu macam lagi berat. Betul ke macam tu?

Kenali Jenis Jenis Karbohidrat

Rasanya semua orang pon tau dah kan yang nasi dan mee secara asasnya ialah tergolong dalam golongan karbohidrat. Sebelum tu kita kenal dulu apa benda karbohidrat ni.

Apa fungsi karbohidrat?

Untuk bagi tenaga kepada badan kita untuk menjalani kehidupan seharian.

Kalau ikut kajian, ada 2 jenis karbohidrat, ringkas (simple) dan kompeks (complex).

Karbohidrat ringkas ni biasanya bijirin yang diproses dimana proses tu bertujuan nak panjangkan lagi jangka hayat bijirin tu tapi banyak juga kehilangan nutrien-nutrien penting. Karbohidrat ni lebih ringkas jadi lagi mudah dan tak ambil masa yang lama untuk dihadam .

Karbohidrat kompleks pula lebih tinggi kandungan nutrien dan serat, jadi ambil masa yang lebih lama untuk dihadam.

Mana yang lagi bagus?

Of course karbohidrat kompleks sebab banyak nutrisi dan serat, buatkan kita rasa kenyang lebih lama, dan tak naikkan kadar gula darah secara mendadak.

Macam Mana Pula Dengan Nasi ย Dan Mee?

Mee yang biasa kita makan tu adalah produk yang diproses daripada tepung. Nasi putih juga telah diproses untuk cegah kerosakan dan lanjutkan hayat simpanan.

Dua-dua pon tergolong dalam kategori karbohidrat ringkas.

Macam mana pula dari segi kalori, dan kandungan-kandungan lain. Cuba kita tengok perbandingan dekat bawah ni :

Kalau kita tengok pada perbandingan di atas ni, dari segi kalori memang tiada beza sangat pon. Dua-dua pon dalam lingkungan 130 kcal untuk 100 gram.

So dari segi kuantiti tu memang sama je, kalau kita makan sepinggan nasi, sama je macam kita makan sepinggan mee.

Kalau ada perbezaan sikit pon dari kandungan kolesterol dan lemak. Mee tinggi sikit dibandingkan dengan nasi.

Jadi kesimpulan yang kita boleh buat di sini, kalau nak dibandingkan nasi dan mee ni memang lebih kurang je, tiada satu yang lebih baik atau kurang baik berbanding yang lain.

Pilihan Yang Lebih Baik Untuk Turun Berat

Untuk kesihatan jangka panjang yang lebih baik, dan lebih mudah untuk turun berat, kita boleh pilih dan amat digalakkan untuk ambil karbohidrat kompleks.

Kalau dah biasa makan roti putih tu, boleh tukar kepada roti whole grain yang lebih baik. Sama juga untuk nasi dan mee, kita boleh ambil brown rice atau whole grain noodle.

Banyak manfaat bila kita amalkan pemakanan dengan karbohidrat kompleks :

  • Rasa kenyang yang lebih lama.
  • Tak rasa craving nak makan benda-benda manis dan tak elok.
  • Tenaga yang lebih banyak.
  • Kurang risiko untuk penyakit diabetes.
  • Improve penghadaman usus

Tapi tula, kalau dah biasa makan nasi puti, roti putih, bila cuba rasa nasi perang ni memang lain macam sikit. Tak biasa kan.

Saya pon sama, awal-awal tu macam tak kena juga dengan lidah tapi bila dah beberapa kali cuba, lidah pon dah mula biasa dengan rasa dia, tekak pon boleh terima la.

Apa pon, dalam pemakanan kita semuanya kena bersederhana. Pilihan ada di tangan kita untuk dapatkan yang terbaik untuk badan kita.

Harap perkongsian ni membantu anda untuk buat pilihan yang lebih baik.

Kalau ada apa-apa suggestion dan pengalaman untuk dikongsi, boleh kongsi di ruangan komen di bawah ye.

Comments

comments

4 thoughts on “Nak Makan Nasi Ke Mee?

  1. Sy pun selalu skip makan nasi sbb ingatkan nasi bleh menggemukkan drp makan mee

    1. kaaaan, ramai ingat nasi macam lagi “berat” dari mee ๐Ÿ™‚

  2. saya setiap hari akan makan nasi tetapi seboleh-bolehnya sekali dalam sehari. Lau saya x makan nasi sekali sehari badan akan menggiggil. sepanjang saya mengawal diet jika saya makan nasi sekali sehari berat badan tetap maintain dan yang penting saya lebihkan sayur dan lauk. saya x anggap nasi menggemukkan badan jika kita sendiri mengawal cara pemakanan. saya juga pernah beranggapan bahawa nasi menggemukkan….hihihi…tp sebenarnya tidak….

    1. Betul, nasi tak mengemukkan, cara pemakanan kita yang mengemukkan kita ๐Ÿ™‚

Leave a Reply