Posted on

Turun Berat Tapi Perut Susah Nak Hilang?

turunkan lemak perut

Kalau cerita pasal perut ni, memang selalu boleh buat orang rasa nak give up kan.

Lemak dekat perut ni memang boleh kata yang paling degil sekali. Dekat perut ni la yang lemak terkumpul mula-mula sekali, and then dekat perut ni juga lah yang paling liat nak hilang kan.

Kalau anda rasa stress dengan kondisi lemak di perut anda, jangan risau sangat ye.

Memang ramai yang mengadu dekat saya, yang berat mereka banyak dah turun, pakai baju pon dah boleh tukar saiz yang lebih kecil, tapi dekat perut, nampak sikit je perubahan.

Macam-macam jenis senaman untuk perut macam plank, sit up dah buat dah tapi nampak macam tiada kesan sangat.

Tapi tu salah satu mitos yang ramai percaya.

Sebenarnya badan kita tak boleh buang lemak dekat sesuatu bahagian macam tu je.

Ramai yang nak kecilkan peha, buat senaman yang fokus dekat peha je, kalau nak buang lemak dekat lengan, fokus dekat lengan je, tapi sebenarnya badan kita tak berfungsi macam tu pon.

Sebab tu ramai instructor yang akan suggest untuk buat senaman secara menyuluruh, dari kepala sampai ke kaki terutama yang melibatkan otot-otot utama kita seperti otot peha dan otot dada.

Senaman yang berkesan dan kita boleh ikut ialah jenis Fat Burning Exercise.

Lagi efektif untuk bakar segala lemak-lemak tepu especially dekat perut tu.

Tapi of course yang lagi penting ialah pemakanan. Kalau lemak perut tu susah sangat nak hilang, cuba check balik apa yang kita makan.

Ni antara makanan yang senang buat perut kita naik :

  • Makanan manis & air manis – Kebanyakkan kita ambil gula lagi banyak dari yang kita perlukan setiap hari tanpa kita sedar.
  • Trans fat ( Lemak Trans ) – lemak ni boleh dikatakan lemak yang paling bahaya dan tak sihat.  Lemak trans ni selalu digunakan untuk panjangkan jangka hayat makanan  yang dibungkus macam biskut-biskut, keropok, etc.
  • Makanan yang bergoreng ( deep-fried ) – makanan bergoreng ni sangat tinggi kalori dan kandungan lemak. Nutrien dalam makanan tu pon dah tinggal sikit.

Bukanlah nak kata tak boleh langsung makan benda-benda ni tapi kalau sekali – sekala ok lah. Kalau selalu sangat memang bahaya. Sebab kajian ada tunjukkan yang saiz perut kita berkait rapat dengan tahap kesihatan kita.

Perut yang buncit, biasanya ada kaitan dengan risiko diabetes, sakit jantung dan juga macam-macam lagi jenis penyakit.

Jadi selain jaga pemakanan, amalkan makanan yang lebih sihat dan rajinkan diri untuk bersenam apa lagi yang kita boleh buat untuk dapatkan perut kempis yang best tu.

Tambahkan pengambilan Magnesium dalam diet anda

Mineral ini adalah sebahagian daripada kira-kira 300 fungsi dalam badan anda. Fungsi yang utama adalah menjaga irama jantung yang sihat dan mengawal paras gula darah.

Magnesium juga memainkan peranan utama dalam membentuk badan dan menghilangkan lemak perut. Magnesium juga menyelesaikan masalah water retention semasa kitaran haid dan anda akan merasa kurang kembung.

Sumber semula jadi Magnesium adalah kacang – kacang, dan sayur-sayuran berdaun hijau dan keperluan hariannya adalah antara 300 hingga 325 mg sehari.

Dapatkan Rehat Dan Tidur Yang Cukup

Salah satu punca perut kita susah nak turun ialah sebab kurang tidur . Tidur yang tak cukup akan tingkatkan pengeluaran enzim ghrelin dimana boleh bagi direct impact kepada lemak perut kita.

Tidur 7 hingga 9 jam sehari adalah yang terbaik untuk kita dan lagi penting kita kena pastikan kita dapat tidur yang berkualiti.

Elakkan ambil kaffein, main handphone  sebelum tidur. Lagi bagus kalau rutin tidur kita konsisten setiap hari.

Kurangkan Stress

Cortisol adalah salah satu hormon yang penting untuk kita hidup.

Ia dihasilkan oleh kelenjar adrenal dan dikenali sebagai “hormon tekanan” kerana ia membantu badan anda untuk melancarkan tindak balas tekanan.

Malangnya, ia boleh sebabkan berat badan kita bertambah-tambah kalau dihasilkan terlalu berlebihan, terutamanya di kawasan perut.

Sebabnya bila stress, kebanyakan orang suka makan dan kortisol ni buatkan lebihan lemak tu tersimpan dekat perut. Oleh sebab tu, bila kita selalu stress, lagi senang perut kita naik.

Kalau saya nak kurangkan stress memang saya akan ke kelas zumba 🙂 Bersenam kan  boleh tolong kawal mood dan hilangkan stress.

Lawan Lemak Jahat Dengan Lemak Baik

Badan kita susah nak simpan lemak-lemak yang tak sihat ni kalau kita sentiasa bagi lemak yang baik kepada tubuh badan kita.

Antara salah satu sumber lemak baik ialah Omega-3 yang mengandungi asid eicosapentaenoic, asid docosahexaenoic dan asid linolenik. Omega-3 ni boleh bantu kempiskan perut dan elok juga untuk kesihatan jantung.

Itu antara beberapa perkara yang saya boleh cadangkan kalau nak lajukan lagi proses nak buang lemak perut tu.

Apa pon proses nak turunkan lemak perut ni memang mengambil masa.

Yang penting jangan give up dan teruskan je sebab biasanya memang kita rasa macam kita takde progres tapi sebenarnya ada sikit progres tapi kita tak perasan sangat.

Sikit-sikit hilang, lama-lama dapatlah perut yang kempis dan kesihatan yang lebih baik.

Kalau ada apa-apa tips yang anda pernah lakukan dan anda rasa berkesan untuk hilangkan lemak perut tu, kongsi lah di bahagian komen pleasee 🙂

Comments

comments